Selamat Menyambut Maulidur Rasul Dari Warga Madrasah As-Solehin.
Pangsapuri Cheras Utama – Semalam pada tanggal 3/1/09 seorang kariah disini telah selamat kembali ke rahmatullah. Beliau meninggal dunia di Hospital kerana penyakit biasa. Allahyarhamah tinggal bersama anaknya di Blok 2 Tingkat 3. Kepergian beliau amat dirasai oleh kariah disini kerana disaat akhir hayat beliau sempat menyumbangkan sumbangan berupa peralatan untuk kegunaan Madrasah As-Solehin. Moga Allah membalas jasa baik allahyarhamah. Marilah kita bersama-sama menyedekahkan Al-Fatihah buat allahyarhamah moga rohnya dicucuri rahmat dan diucapkan takziah buat keluarga allahyarhamah. Amin….
Cheras Utama 28/12/08 – Satu majlis untuk menyambut kedatangan Awal Muharam 1430H telah diadakan di Madrasah As-Solehin Taman Cheras Utama. Majlis telah dihadiri oleh sebahagian penduduk setempat serta Ust Musa Baharudin selaku wakil pihak JAIS. Sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun sempena musim cuti sekolah ini ramai yang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Pengisian program ini dimulai dengan bacaan doa akhir tahun oleh Ust Halim selaku Imam Muda Masjid Ikhwaniah diikuti dengan solat Maghrib berjemaah serta doa awal tahun dan disusuli dengan bacaan tahlil. Majlis berehat sementara menunggu solat isyak berjemaah. Jamuan ringan turut disediakan.
Ust Husaini selaku Pengerusi Majlis sambutan telah memberikan sepatah dua kata sebelum program disambung semula dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh qariah jemputan daripada sekolah pondok Masjid Tanah, Melaka . Program diteruskan lagi dengan ceramah ugama oleh Ust Razali dari sekolah pondok Masjid Tanah, Melaka…antara intipati ceramah beliau ialah mengenai pentingnya hidup bermasyarakat serta pentingnya mengimarah surau dan menuntut ilmu akhirat . Majlis diakhiri dengan alunan nasyid oleh pelajar sekolah pondok Masjid Tanah.
Ust Husaini selaku Pengerusi Madrasah As-Solehin turut memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kecacatan selama program ini berlangsung. Beliau turut mengucapkan syukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan Awal Muharam ini.
Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai sambutan tahun baru yang sebenar mengikut syariat islam. Namun yang lebih utama program ini berjaya mengeratkan silaturrahim sesama penduduk. Maklum balas yang diterima daripada mereka yang hadir amatlah berpuashati dan memberi galakan agar program sebegini diteruskan lagi di masa depan. Insyaallah….
"SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430H.BERSAMAAN DENGAN 29hb DECEMBER 2008.
SEMOGA MENAMBAHKAN KEIMANAN KITA PADA YG ESA,INSYA ALLAH
Dari AJK MADRASAH AS-SOLEHIN
Cheras 20/12/2008 – Madrasah Assolehin dengan kerjasama Perkim Tmn Cheras Utama telah berjaya menganjurkan Kem Motivasi Remaja Insan Program tersebut telah dijayakan oleh Ustaz Husaini A Hamid pengerusi Madrasah Solehin pengsapuri taman Cheras Utama.
Kem motivasi yang melibatkan remaja berumur 7 hingga 17 tahun, berlangsung selama sehari telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada pelajar-pelajar sekolah sekitar Taman cheras Utama. Ini merupakan kali ke-1 Madrasah As-Solehin dan Perkim kawasan Taman Cheras Taman berkerjasama menganjurkan kem motivasi tersebut.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Perkim Taman Cheras Utama ,Hj Adam b.Hj Daud,PJK Dalam ucapannya mengalu-aluakan kedatangan para pelajar yang mengikuti program ini dan semoga boleh mengikuti hingga akhir program ini diadakan.beliau memberikan sokongan penuh kepada pihak Madrasah As-solehin pangsapuri Cheras Utama mengadakan program kem motivasi ini. Semoga program semacam ini boleh diadakan lagi pada tahun-tahun berikutnya. Dengan membaca Ummul Kitab beliau sekaligus merasmikan Program Kem Motivasi “Semoga Program ini boleh berjaya sesuai dengan matlamat yang dicanangkan.“
Menurut Ketua Penyelaras Madrasah As-Solehin ,En Razak program-program seperti ini akan di adakan sebagai aktiviti tahunan Madrasah As-Solehin pangsapuri Cheras Utama. semoga dengan program seperti dapat mengerat silaturahim dan memupuk perpaduan penduduk di pangsapuri, aktiviti bergotong royong penduduk diadakan termasuk memasak beramai-ramai menyediakan makanan kepada para peserta program adalah langkah amat baik ” katanya.
Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :
Tatkala Allah Ta’ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?”
Allah menjawab, ”Ada, iaitu besi” (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),
Para malaikat bertanya lagi ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?”
Allah yang Maha Suci menjawab, ”Ada, iaitu api” (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),
Para malaikat kembali bertanya ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?”
Allah yang Maha Agung menjawab, ”Ada, iaitu air” (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),
Para malaikatpun bertanya kembali ”Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?”
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, ”Ada, iaitu angin” (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi ”Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?”
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, ”Ada, iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya”.
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih, tulus dan ikhlas tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain. Baca baki entri ini »
Untuk makluman Perkim Taman Cheras Utama dan Madrasah As-Solehin akan menganjurkan Kem Motivasi untuk pelajar berumur 7 hingga 17 tahun.
Tarikh : 20 Dec 2008
Masa : 08:00am ~ Hingga selepas Solat Asar
empat : Madrasah As-Solehin Blok 1
Anjuran : Perkim Dan Madrasah As-Solehin
Yuran : Percuma
Penyertaan
Keterangan lanjut Hubungi:-
Ustaz Husain – 019 3429375 (pengerusi –as-solihen) En Razak – 012 6312934 (Timb Pen) En Naim Ishak – 017-3336168 (AJK) En Sabri MatTahir – 013-2044858 (AJK) Email : assolehin@gmail.com

Cheras Utama 15/12/2008- Mesyuarat Agung Madrasah As-solehin telah diadakan pada 14/12/2008(Ahad). Ini adalah mesyuarat agung pertama ,Turut hadir dalam mesyuarat adalah Ustaz Musa Baharudin , wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Majlis telah bermula pada pukul 10 pagi berakhir pada jam 12.00 tengahari kira-kira 60 ahli qaryah hadir,majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh setelah para hadirin mendaftar yang mengambil tempat. Ucapan dimulakan dengan Ustaz Husaini menerangkan serba sedikit bagaimana beliau untuk mendaftar madrasah As-Solehin hingga mendapat kelulusan pihak Jais dan perbezaan antara madrasah kemudian diikuti ucapan Ustaz Musa baharudin wakil pihak Jais selaku perasmian mesyuarat agong. Dalam ucapan Musa mengingatkan kepada para hadirin agar madrasah ini dapat digunakan sebaik mungkin dengan mengadakan aktiviti yang dapat menarik masyarakat seperti mengadakan kuliyyah, kelas al-quran dan sebagainya agar pahala kebajikan sampai kepada penderma-penderma.
Gambar akan menyusul kemudian.
Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!