MAJLIS SAMBUTAN AWAL MUHARAM 1430H MADRASAH AS-SOLEHIN

imga0282Cheras Utama 28/12/08 – Satu majlis untuk menyambut kedatangan Awal Muharam 1430H telah diadakan di Madrasah As-Solehin Taman Cheras Utama. Majlis telah dihadiri oleh sebahagian penduduk setempat serta Ust Musa Baharudin selaku wakil pihak JAIS. Sambutan yang diterima amat menggalakkan walaupun sempena musim cuti sekolah ini ramai yang sibuk dengan aktiviti masing-masing. Pengisian program ini dimulai dengan bacaan doa akhir tahun oleh Ust Halim selaku Imam Muda Masjid Ikhwaniah diikuti dengan solat Maghrib berjemaah serta doa awal tahun dan disusuli dengan bacaan tahlil. Majlis berehat sementara menunggu solat isyak berjemaah. Jamuan ringan turut disediakan.

Ust Husaini selaku Pengerusi Majlis sambutan telah memberikan sepatah dua kata sebelum program disambung semula dengan bacaan ayat suci Al Quran oleh qariah jemputan daripada sekolah pondok Masjid Tanah, Melaka . Program diteruskan lagi dengan ceramah ugama oleh Ust Razali dari sekolah pondok Masjid Tanah, Melaka…antara intipati ceramah beliau ialah mengenai pentingnya hidup bermasyarakat serta pentingnya mengimarah surau dan menuntut ilmu akhirat . Majlis diakhiri dengan alunan nasyid oleh pelajar sekolah pondok Masjid Tanah.

Ust Husaini selaku Pengerusi Madrasah As-Solehin turut memohon maaf sekiranya ada kekurangan dan kecacatan selama program ini berlangsung. Beliau turut mengucapkan syukur kerana majlis ini berjalan dengan lancar dan berterima kasih kepada semua yang telah menjayakan majlis sambutan Awal Muharam ini.

Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya iaitu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai sambutan tahun baru yang sebenar mengikut syariat islam. Namun yang lebih utama program ini berjaya mengeratkan silaturrahim sesama penduduk. Maklum balas yang diterima daripada mereka yang hadir amatlah berpuashati dan memberi galakan agar program sebegini diteruskan lagi di masa depan. Insyaallah….

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.